Sulit
7 bulan
Adakah Malaysia mempunyai vaksin untuk demam denggi?
Hai selamat pagi doktor. Saya nak tanya, saya dapat tahu kes demam denggi ni semakin hari semakin meningkat dan demam denggi juga menjadi penyakit endemik di Malaysia hingga kini. Jadi, adakah Malaysia mempunyai vaksin untuk demam denggi bagi mengawal penyakit ini doktor?
7 bulan
Hai selamat sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Ya. Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan dan menyambut baik terhadap inisiatif vaksin demam denggi (Qdenga) pada 8 Februari 2024 ekoran kes demam denggi yang semakin meningkat. Vaksin ini juga telah diperakui oleh pakar kesihatan bahawa ia selamat digunakan untuk individu yang berumur 4 tahun ke atas.
Buat masa sekarang, vaksin untuk demam denggi ini hanya boleh didapatkan di DoctorOnCall sahaja dan vaksin Qdenga ini akan mula tersedia pada 9 Mei 2024 di 4 buah negeri; Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksin Qdenga di Malaysia, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.