Sulit
7 bulan
Adakah Qdenga berkesan dalam melindungi daripada jangkitan denggi?
Assalamualaikum doktor, betul ke vaksin Qdenga ini berkesan untuk melindungi diri daripada jangkitan demam denggi?
6 bulan
Waalaikumsalam dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Ya, vaksin Qdenga adalah salah satu cara yang berkesan untuk melindungi diri daripada jangkitan demam denggi. Ini dibuktikan melalui peratusan yang dicapai sebanyak 80.9 peratus melalui kajian keberkesanan vaksin secara keseluruhan dalam menangani penyakit ini. Vaksin ini juga tidak mempunyai sebarang kes kematian yang direkodkan seperti yang dilaporkan tentang vaksin denggi,Dengvaxia.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.