Sulit
8 bulan
Adakah terdapat vaksin demam denggi di Malaysia?
Hai doktor, ada ke vaksin untuk demam denggi di malaysia?
6 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Ya, KKM telah mengiktiraf dan meluluskan vaksin demam denggi di Malaysia iaitu vaksin Qdenga pada awal tahun 2024. Vaksin ini mempunya kadar keberkesanan sebanyak 80.9% berdasarkan kajian yang dilakukan sebelum ini dan belum ada kesan yang teruk direkodkan bagi individu yang mengambil vaksin Qdenga seperti mana yang dilaporkan mengenai vaksin Dengvaxia sebelum ini. Selain itu, vaksin Dengvaxia tidak mendapat kelulusan dari Malaysia dan hanya vaksin denggi Qdenga sahaja yang mendapat kelulusan oleh KKM Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.