
Sulit
10 bulan
Adakah Vaksin Qdenga terbukti berfungsi?
Hai, saya agak takut untuk mengambil vaksin kerana tak tahu berfungsi atau tidak. Adakah Vaksin Qdenga terbukti berfungsi?

9 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Vaksin Qdenga mempunya kadar keberkesanan mencecah 80.9% peratus berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kajian yang dilakukan sebelum ini. Ia dapat melindungi diri dari risiko jangkitan demam denggi kepada individu yang belum dijangkiti atau sudah dijangkiti.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.
Klik Di Sini Untuk Mendapatkan Vaksin Denggi Qdenga!