Sulit
3 tahun
Air mani keluar selepas kencing
dua hari lepas sehingga harini saya dapati air mani saya keluar selepas kencing. hjung zakar akan terasa pedih selepas buang air. bleh saya tahu apa sebabnya? saya berumur 21 tahun.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Keluarnya cecair seperti air mani dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Tanda-tanda gangguan prostat
- Atau sisa air mani yang tersisa dalam saluran
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.