Sulit
3 tahun
Gonorrhea sudah dirawat setelah 5 hari
sy lelaki umur 23 tahun,sy sudah mendapati rawatan gonorrhea 7 hari lepas.sy dapati nanah hijau sudah tidak keluar lagi.bolehkn sy melalukan hubungan seks dgn isteri? adakah sy perlu menunggu sehingga 2 minggu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, anda harus menunggu tujuh hari setelah menyelesaikan semua ubat sebelum melakukan hubungan seks. Untuk mengelakkan dijangkiti gonore lagi atau menyebarkan gonorea pada pasangan anda, anda dan pasangan anda harus mengelakkan hubungan seks sehingga anda selesai menjalani rawatan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.