Sulit
5 tahun
Cecair puith dari zakar
Berapa lamakah untuk sembuh jika mengambil antibiotik ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat antibiotik untuk merawat Gonorea hanya diberikan dalam 1 dos sahaja. Setelah menerima dos ini, anda dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seksual selama 7 hari atau sehingga pasangan anda juga telah mendapatkan rawatan untuk penyakit ini selama 7 hari.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.