mohdafiezy
4 tahun
Gonorrhea. Saya yakin saya telah dijangkiti oleh bakteria ini kerana simptom yang sama terjadi pada saya berdasarkan kebanyakan portal2 kesihatan seperti cecair keluar dr kemaluan dan rasa pedih membuang air kecil
Saya yakin sy terkena gonorrhea berdasarkan simptom2 yang sama yang dinyatakan di kebanyakan web page. Saya terlalu malu untuk mendapatkan rawatan di hospital/klinik. Apakah ubat yang boleh saya ambil yang boleh dibeli dari farmasi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, apa yang anda lakukan sekarang ini adalah dikenali sebagai self-diagnosis yang mana anda memberikan diagnosis sendiri berdasarkan gejala yang dialami menurut bacaan daripada internet. Tindakan ini adalah merbahaya dan boleh membahayakan nyawa anda sekiranya mengambil ubat yang salah.
Menurut penjelasan anda, dua simptom yang saya dapati adalah cecair keluar dari kemaluan dan juga pedih ketika membuang air kecil. Disini saya tidak dapat menelaah dengan luas mengenai cecair keluar dari kemaluan memandangkan penjelasan anda samar- sila jelaskan warna cecair, kuantiti, bau serta waktu keluarnya. Berdasarkan keluhan kencing yang pedih pula, ia dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit seperti:
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
Anda amat dinasihatkan untuk merujuk doktor berkaitan masalah anda ini sebelum jangkitan memburuk menjadi parah dan merebak. Hal ini kerana, kalau benar anda mempunyai Gonorea sekalipun, ubat nya tidak boleh dibeli di farmasi begitu sahaja. Anda harus mendapatkan preskripsi doktor dan ubat jenis suntikan untuk pengubatan yang berkesan. Anda tidak perlu malu untuk mendapatkan rawatan memandangkan hak privasi anda dilindungi dibawah undang-undang.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.