Sulit
2 tahun
Anak 2 tahun demam on off hampir 10 hari
Assalamualaikum Dr…
Saya ada anak berumur 2 tahun…dia alami demam berpanjangan dan skrg dah masuk hari ke-10… Awal2 demam, suhu dia tinggi…dan bagi ubat demam setiap 5@6 jam sekali…bila bgi ubat, kebah dalam 2,3 jam…aktif, boleh main, makan tapi xbyk…lpas tu demam smula…
Dia hanya demam dan ada batuk. Pernafasan laju semasa demam, dan bila hilang demam, nafas mcm biasa…dan batuk pun tiada.
Ada rujuk Dr pada hari ke-6 demam…Dr bagi antibiotik… Skrg on antibiotic selama 3 hari…tetapi demam masih belum hilang sepenuhnya… Tapi ada perubahan…suhu demam bawah 38 degree…x panas sgt…dan masa kebah lpas ambil ubat pun lama…dalam 8,9 jam…baru mula panas smula…
Adakah benda ni bahaya, perlu rujuk Dr atau perlu habiskan antibiotic shj…
Terima kasih Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang demam yang dialami oleh anak anda. Saya akan cuba membantu.
Memandangkan anda telah membawa anak anda berjumpa doktor dan keadaanya semakin baik, anda boleh memantau dahulu keadaan anak anda. Sekiranya terdapat tanda tanda membimbangkan seperti:
- Demam dengan suhu yang tinggi
- Pernafasan laju
- Lemah
- Tidak makan dan minum
- Kurang atau tiada kencing
- Pucat dan bibir kering
Sila rujuk kepada doktor atau bawa ke hospital dengan segera untuk rawatan segera.
Anda dinasihatkan untuk memberi anak anda air dengan secukupnya serta makanan yang berkhasiat bagi membantu pemulihan. Elakkan pakaian yang ketat dan tebal serta gunakan kain basah dengan air suam atau pelekat gel untuk mengurangkan suhu.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian bagi penerangan atau nasihat lanjut.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.