
Sulit
4 tahun
Anak cirit birit dan demam dimalam hari
Hai,
Adakah mengambil painkiller mefenamic acid boleh memberi kesan kepada penyusuan anak?
Anak saya sekarang mengalami cirit birit yang najisnya berwarna hijau, lendir dan kadang kadang hijau kekuningan . Kekerapan berak sehingga 7 8 kali. Kebiasaanya die akan berak setelah menyusu Juga disertakan demam di malam hari. Hari ini sudah masuk hari ke 4 die mengalami cirit birit. Saya sudah membawa ke klinik dan doktor kata mungkin disebabkan virus. Saya telah memberi anak ubat cirit dan demam serta anti diarrhea, tetapi seperti tiada kesan.
Persoalan saye, adakah anak saya cirit disebakan painkiller yang saya makan? Dan adakah boleh memberhayakan anak saya? Bagaimana cara untuk saye mengatasinye?
Saya mula mengambil mefenamic acid 250mg pada hari khamis sehingga hari sabtu, kemudian 500mg pada hari isnin. Anak saya mula cirit pada hari ahad.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cirit birit yang anak anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan rotavirus
Alahan susu
Keracunan makanan
Masalah sistem penghadaman
Setakat ini, tidak banyak kajian yang dilakikan terhadap mefanamic acid dan kesannya kepadawanita yang menyusukan anak. Akan tetapi, ubat ini dipercayai boleh masuk ke dalam susu badan. Oleh itu, tidak disarankan untuk anda mengambil ubat ini ketika anda masih menyusukan anda.
Selain itu, konsultasi di platform ini adalah terhad. Memandangkan anda sudah berjumpa doktor dan telah mendapatkan rawatan, saya sarankan supaya anda meneruskan sahaja rawatan yang diberikan oleh doktor. Ia mungkin mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Akan tetapi, sekiranya anak anda menjadi lemah, tidak aktif seperti biasa, dehidrasi (bibir kering, mata cenkung), meragam/sakit perut, tidak mahu menyusu atau makan, tahi berdarah, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor lagi. Sekiranya tidak, awasi dahulu gejala anak anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.