
Sulit
3 tahun
Anak muntah tiba-tiba selepas susu
Anak saya berumur 1tahun setengah Dan kejadian nya baru berlaku semalam Dan hari ini. Bila minum susu habis sahaja minum susu anak saya muntah susu secara tiba-tiba Dan saya rasa kuantiti muntah susu yg dimuntahkan nya sama banyak dengan jumlah susu yang diminum. Anak pagi aktif makan minum seperti biasa tidak ada batuk mahu pun demam. Adakah kerana masalah usus anak saya bermasalah atau pun botol yang digunakan tidak bersih atau perlu saya tukar susu? Tapi setiap hari saya basuh botol yang digunakan sehingga untuk tidur malam sahaja 3botol saya bawa ke bilik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah anak anda yang muntah tiba-tiba setelah minum susu. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat beberapa punca berlakunya masalah sedemikian, antaranya ilaha:
- Alahan makanan atau susu
- Susu rosak atau basi atau keracunan makanan
- Jangkitan kuman pada saluran udara/makanan ataupun paru-paru
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti sejarah vaksinasi, gejala demam serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda dinasihatkan untuk membawa anak anda ke klinik atau hospital dengan segera kerana muntah yang banyak dapat membuatkan anak anda dehidrasi yang mana ianya boleh membahayakan. Sekian.