Sulit
6 bulan
Apa itu vaksin demam denggi Qdenga?
Assalamualaikum doktor. Saya ada terdengar tentang vaksin baharu yang diluluskan oleh KKM iaitu vaksin demam denggi (Qdenga). Saya nak tanya vaksin denggi Qdenga tu vaksin untuk apa ya?
6 bulan
Waalaikumussalam dan selamat sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Qdenga adalah vaksin yang dicipta untuk melindungi tubuh daripada jangkitan virus denggi, termasuk mencegah penyakit demam berdarah denggi (DBD). Vaksin ini direka bentuk dan dihasilkan oleh syarikat Jepun yang dikenali sebagai Takeda.
Apabila disuntik, vaksin yang mengandungi virus denggi yang telah dilemahkan ini, akan merangsang tubuh untuk menghasilkan antibodi yang membantu melawan jangkitan virus denggi.
Untuk maklumat lanjut mengenai vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.