Sulit
8 bulan
Apakah cara untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes?
Hai doktor, boleh saya tahu cara untuk mencegah nyamuk aedes yang berkesan?
8 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Cara utama untuk mencegah nyamuk aedes adalah dengan mengurangkan pembiakan nyamuk itu sendiri. Apa yang harus kita buat? Mari lihat di bawah:
Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong.
Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
Elakkan dari gigitan nyamuk dengan elakkan gigitan nyamuk dengan gunakan ubat nyamuk di rumah, boleh gunakan kelambu semasa tidur.
Elakkan melakukan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit, dari pukul 5.30 pagi hingga 8.00 pagi dan 5.30 petang hingga 8.00 malam.
Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah dan boleh juga memasang jaring halus untuk menghalang nyamuk dari masuk ke rumah di tingkap dan pintu.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.