Sulit
3 tahun
Baby 28 hari tidak membuang selama 4 hari
Hai, sy ibu kepada bayi 28 hari. Sekarang bayi sy tidak membuang selama 4 hari. Saya risau. Baby banyak mnum susu fm. Sy dh tukar susu sama juga. Dia kentut, aktif, cuma tidur dia terganggu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan bayi anda. Namun, maklumat tambahan mengenai gejala yang dialaminya iaitu tidak membuang air sama ada air besar atau kecil, diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, jika masalah yang dihadapi iaiah tidak membuang air besar selama 4 hari, pelbagai punca boleh menyebabkan perkara sedemikian, antaranya:
- penyusuan tidak mencukupi
- penukaran jenis susu formula
- sembelit
- masalah pada usus seperti usus berbelit
- masalah pada perut
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Oleh kerana bayi anda tidak membuang air besar dalam masa beberapa hari, saya menyarankan anda membawanya berjumpa dengan doktor dengan segera jika dia tidak aktif, menangis dengan kuat, kurang menyusu, tidak kentut sama sekali, atau sekiranya masalah ini masih berlarutan, sila berjumpa dengan doktor. Masalah tidur pada bayi turut menjadi petanda kepada masalah yang mengganggu keselesaannya.
Untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.