Sulit
4 tahun
Badan rasa melekit selepas mandi dan basuh tangan tapi tak tahu sebab
dr saya wanita berumur 23 tahun, dah 3 hari saya rasa badan melekit apabila mandi dan lepas mandi, dan tangan melekit apabila basuh tangan, tapi selepas itu macam biasa dan akan berulang bila kena air, tapi bukan melekit sebab peluh. dulu pernah kena dan muncul semula. mungkinkah ada kena mengena dengan sakit lain dr? apakah sebabnya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami kurang memahami akan frasa yang anda gunakan iaitu melekit. Simptom yang anda nyatakan kurang jelas dan oleh itu kami tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut berkenaan dengan gejala anda.
Pada hemat kami, masalah meleikit ini kerap berlaku kepada pesakit yang ketap berpeluh. Untuk makluman pihak anda, gejala kuat berpeluh ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Primary atau Secondary.
Primary adalah disebabkan oleh kelenjar peluh (sweat gland) dalam badan anda amat aktif terutamanya semasa menjalankan sebarang aktiviti atau merasai emosi yang kuat.
Bagi individu yang mempunyai Secondary hyperhidrosis, mereka selalu berpeluh semasa tidur dan sentiasa akan berkaitan dengan kehamilan atau penyakit yang lain seperti:
- Kencing manis
- Masalah tiroid
- Obesiti
- Jangkitan
- Gout
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.