
Anonymous
5 tahun
Bagaimana naikkan Hb anak kurang darah?
anak berumur 1y3w…last check darah Hb10.5 jadi nak minta pendapat dok macam mana nak tingkatkan darah selain dari mkn ubt?..dok cuma bg ubat tmbh darah dan sarankan utk mkn sayur hijau,hati ayam,daging,telur,buah2an masam…ubt tmbh darah anak tidak suka mkn dan bila paksa pun anak kan muntahkan balik…dari segi makanan sdh ikut saranan dok jg…skrg 3 minggu sekali akan check darah anak…berapa Hb darah normal utk baby 1y3w?kami tiada keturunan Talesmia cuma masa mgandung sy mmg kurang darah tp lepas besalin darah sudah kembali normal.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yaang anda berikan, bacaan Hb 10.5 untuk anak anda tidak jauh daripada bacaan normal iaitu 11-13. Ada pelbagai sebab hemoglobin rendah dalam kalangan kanak dan antara punca kebiasaannya adalah:
- Kurang zat besi
- Kurang vitamin B12 dan asid folik
- G6 Pyruvate Deficiency (G6PD)
- Sakit berpanjangan
Untuk mengatasi masalah ini anda dinasihatkan untuk memberi anak anda pemakanan seimbang serta makanan yang telah disarankan oleh doktor anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anak anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.