
Sulit
4 tahun
Benarkah dark chocolate baik untuk kesihatan dan hormon?
Hi, saya berminat untuk mengetahui tentang kebaikan dark chocolate utk kesihatan.
Saya dengar banyak kebaikan jika diamalkan dan digantikan dgn snacks lain. Saya juga dengar dark chocolate mampu menstabilkan hormon.
Sejauh manakah kebenaran tentang ini? Dan berapa % cocoa yg terbaik utk dptkan kebaikan dark chocolate ?
Oleh kerana saya pecinta coklat, saya amat berminat utk ketahui lebih lanjut tentang kebaikan dark chocolate

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, dark chocolate mengandungi 50-70% cocoa. Dark chocolate juga kaya dengan flavanol dan ia dikatakan dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah.
Dark chocolate mengandungi zat besi, zink, magnesium, phosphorus dan flavanol.
Berikut antara kelebihan dark chocolate berdasarkan kajian:
- Mengurangkan tekanan darah dan mengawal tahap kolesterol
- Meningkatkan daya tahan memori
- Menurunkan dan mengawal berat badan
Namun begitu, pengambilannya harus diambil dalam kuantiti yang sedikit atau sederhana. Sekiranya anda mempunyai sebarang jenis penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis, kami sarankan anda berbincang dengan doktor dan pakar pemakanan (dietician) terlebih dahulu sebelum mengambil dan memakan coklat.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.