Sulit
3 tahun
Hati berlemak ( fatty liver )
Doc…result health sceening sy x ok…cholestrol 6.3,LDL cholestrol 4.0… uric acid 451. sy risau fatty liver.selain exersice dan ambil makanan sihat…bolehkah sy ambil pil2 supplement utk liver…cth dxt compex( shakkee) dan byk la
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan ataupun supplement yang diberikan oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Anda hendaklah mengambil ubat-ubatan tersebut mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh doktor. Ini adalah kerana setiap ubat-ubatan tersebut mempunyai efek samping yang tersendiri.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan atau supplement, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.