Sulit
2 tahun
Vitamin Dan polisitemia
Dr umur 23,saya ada penyakit (polisitemia vera) yang sedang dirawat saya makan ubat (wincardia) (hydroxyurea) setiap hari, boleh ke saya nak amalkan vitamin (Blackmores Multivitamin mineral) setiap hari, adakah bahaya untuk penyakit pv
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sebaiknya pengambilan suplemen perlu dirujuk kepada doktor atau pakar nutrisi. Sesetengah vitamin mendapat manfaat dalam rawatan polycythemia vera, sementara yang lain mungkin memburukkan lagi keadaan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.