Sulit
3 tahun
Saya cume nak tahu sama ada produk kecantikan yang saya beli ni elok atau tak
Saya ada beli satu produk kecantikan untuk luar dan dalam dan produk itu untuk cantik kan rambut,kuku dan untuk putih …dan selepas saya makan produk tu dia ada suruh bnyak kan minum air putih yg secukupnya jadi nye saya minum satu hari 8 gelas dan selepas tu bila saya kencing saya rasa sakit dekat bahagian belakang area pinggang jadi nye saya nak tahu sama ada produk elok atau tak ? Terima kasih doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap produk kesihatan yang dijual di kedai mahupun farmasi hendaklah mendapat pengesahan daripada KKM. Hak ini adalah kerana jika produk tersebut tidak mendapat pengesahan daripada KKM, pelbagai kesan sampingan daripada produk tersebut dapat berlaku kepada anda.
Untuk pengetahuan anda, sakit pinggang bahagian belakan dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Penyakit batu karang
- Penyakit gagal ginjal
- Penyakit radang pelvik
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.