Sulit
3 tahun
Supplement metabolisme untuk turunkan berat badan
Bolehkah kita mengambil supplement yang mengandungi metabolisme untuk kurus ? Adakah ia akan effect buah pinggang ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham anda musykil mengenai kebolehan untuk mengambil suplemen untuk menurunkan berat badan dan kesannya terhadap buah pinggang.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai suplemen yang dijual di pasaran. Setiap suplemen mempunyai metabolisme dan fungsinya yang berbeza di dalam badan. Ia juga bergantung kepada dos yang diambil. Selain itu, suplemen yang tidak dipantau atau tidak disahkan oleh badan farmaseutikal juga dikhuatiri tidak selamat untuk buah pinggang dan juga dilarang diambil oleh individu yang mempunyai masalah buah pinggang.
Kami sarankan anda berbincang dengan pegawai farmasi terlebih dahulu ataupun anda juga boleh berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai suplemen tersebut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.