
Sulit
3 tahun
Bengkak pada tangan adik saya tetapi tidak pasti punca daripada apa. bengkaknya terasa pedih dan panas
adik saya umur 10 tahun menangis terjaga pada pukul 4 pagi sebab tangan dia jadi bengkak tapi tak tahu punca dari apa. tilam, selimut, bantal dengan tempat keliling dia semua dah check tapi tak ada apa apa binatang ataupun serangga. macam mana nak surutkan bengkak dan hilangkan pedih dekat tangan adik saya. lagi satu apa punca tangan adik saya tiba tiba jadi bengkak dan adakah bengkak pada tangan adik saya boleh jadi serius

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kebimbangan anda terhadap gejala bengkak pada tangan adik anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, bengka yang berlaku secara tiba-tiba pada kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- trauma
- gigitan serangga
- radang sendi
- ubat-ubatan
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius serta memerlukan pemerhatian doktor segera, seperti
- jangkitan kuman
- reaksi alahan berat (severe allergic reaction)
- penyakit autoimun
- gangguan aliran darah
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk ke klinik atau hospital yang berdekatan agar bantuan dan pemeriksaan lebih lanjut dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.