Sulit
7 bulan
Berapakah kos untuk menerima vaksin Qdenga?
kos yang perlu dikeluaran untuk menerima suntikan vaksin Qdenga
7 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Setakat ini, hanya DoctorOnCall yang menyediakan vaksin denggi Qdenga, yang mana ia boleh didapatkan di 4 negeri di Malaysia; Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Tarikh tersedianya vaksin ini bermula pada 9 Mei 2024 di DoctorOnCall dengan harga RM550 bagi setiap vaksin Qdenga. Anda akan menerima makluman awal untuk menjadualkan tarikh bagi mendapatkan vaksin di lokasi pilihan anda kerana jumlah slot yang tersedia adalah terhad. Slot vaksinasi akan diberi keutamaan berdasarkan tarikh pengesahan pembelian pra-tempahan vaksin. Anda akan ditempatkan di klinik di lokasi/bandar yang anda pilih. Lokasi klinik yang telah disahkan akan diberitahu sebelum tarikh janji temu.
Untuk maklumat lanjut mengenai vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.