
Sulit
4 tahun
G6pd boleh makan vitamin c
anak saye g6pd ,boleh ke makan vitamin c seperti appeton.kerana dia kurang makan dan menyusu.atau ade cadangan lain ke?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika diberikan dos vitamin C yang terlalu tinggi boleh menyebabkan hemolytic anemia kepada individu yang mempunyai Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) deficiency. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dahulu untuk mendapatkan dos yang sesuai digunakan untuk anak anda kerana beberapa maklumat perlu diperolehi sebelum kami boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.