ruzanarahim1977
4 tahun
Gatal di celah kelangkang, kemaluan Dan dubur
Saya mengalami gatal di kemaluan sejak hari pertama datang haid. Semenjak itu celah kelangkang juga mula gatal Dan merebak ke dubur. Keluar warna putih seolah2 jangkitan kulat. Semenjak itu juga kulit di sekitar bahagian kemaluan juga menjadi kering.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda menghidapi masalah gatal kemaluan yang disertai gejala keputihan. Kami akan cuba membantu anda mengetahui punca dan mendapatkan rawatan bagi masalah ini.
Masalah kegatalan pada kemaluan serta warna putih seakan kulit boleh disebabkan oleh jangkitan yis yang juga dikenali sebagai vaginal candidiasis.
Gejala ini juga boleh berlaku akibat penggunaan bahan yang menyebabkan alahan atau iritasi kulit seperti sabun dengan pewangi dan pewangi faraj.
Ia juga boleh disebabkan oleh keadaan yang digelar vaginosis bakteria yang turut menyebabkan faraj keluar cecair kelabu keputihan dan berbau.
Gejala ini biasanya tidak serius dan boleh dirawat, namun rundingan dengan doktor adalah perlu bagi mendapatkan rawatan yang sesuai serta memastikan gejala ini tidak disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti jangkitan kelamin yang lain atau kanser vulva.
Oleh itu, puan amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mengetahui punca dan rawatannya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.