
Sulit
4 tahun
Gatal Tapak Tangan & Tapak Kaki
saya berumur 43 dan wanita mengalami masalah kegatalan di tapak tangan dan tapak kaki sudah hampir 2 hari, ia menjadi2 pada waktu malam. Adakah ini masalah kelenjar? Dengan doctor apa yang saya perlu rujuk untuk mendapatkan rawatan.
Terima Kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis/dermatitis/seborrheic
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Gangguan kelenjar peluh
- Gangguan reumatoid atau gout
- Gangguan pembuluh darah atau saraf
- Gejala-gejala awal kencing manis
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).