Sulit
4 tahun
Gonorrhea infection
hi dr, saya lelaki berumur 25 tahun. saya ingin bertanya tentang adakah penyakit kencing bernanah ini serious dan boleh menyebatkan perkara buruk berlaku contohnya kematian ataupun mati pucuk ? dan apakah jalan yang terbaik untuk menghilangkan penyakit gonorrhea ni? saya mohon minta pencerahan dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kencing bernanah. Berdasarkan pertanyaan anda, penyakit gonorea boleh mendatangkan kesan kepada lelaki maupun wanita. Sebaiknya, anda mendapatkan rawatan bagi mengatasi kesan sampingan serta mencegah komplikasi yang serius. Antara kesan penyakit ini pada lelaki ialah:
Kebanyakan pesakit lelaki yang menghidap jangkitan gonorea akut akan mengalami komplikasi seperti:
- Radang dan jangkitan saluran kencing bawah atau urethritis
- Radang epididimis atau epididymitis
- Radang dan jangkitan testis
- Radang dan jangkitan tekak melalui hubungan seks oral
- Konjunktivitis
- Keletihan dan tidak bermaya
- Ruam kulit yang disebabkan oleh alahan terhadap jangkitan kuman gonorea
- Bengkak kelenjar limfa di bahagian peha
Bagi mengatasi kesan buruk dan komplikasi, rawatan yang tepat perlu diberikan dengan preskribsi oleh doktor. Pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Masalah seperti mati pucuk dan komplikasi kematian dapat dielakkan dengan rawatan yang cepat. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah