nurulsyahih96
4 tahun
Ibu menyusu boleh makan epo?
saya brusia 20 an…dan sy sedang bf kan baby yg berumur 3 bulan lebih .masalah sy .sy mmg ada ekzemaa dah lamaa .ekzema sy kembali menyerang dan sekarang sy tak boleh makan ubat sembarangan. soalan sy .adakah sy boleh mengamalkan vit epo ??trima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat ini selamat untuk ibu yang menyusukan anak namun belum ada kajian terperinci berkenaan dengan penggunaan vitamin Evening Primrose Oil EPO ini. Kami juga tidak boleh untuk mengulas lanjut kerana setiap ubat ada bahan yang berbeza-beza juga mengikut jenama.
Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall EPharma) (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.