iffakamalludin19
5 tahun
Jangkitan silence dalaman
Saya baru jalani pembedahan ectopic Dan doctor menyarankan utk melakukan chlamydia swab test, Dan doctor mengesahkan bahawa saya ada jangkitan tersebut, oleh itu saya dan suami perlu mengambil ubat2 dgn dos yg tggi utk membersihkan Dan menghilangkn jangkitan silence dalaman itu. Adakah ianya bermaksud HIV? Dan ubat yg perlu diambil oleh suami pula agak kelakar, dia perlu makan 4 tablet terus Dan hanya sekali berdos 1000mg. Manakala saya pula tablet 2 jenis Dan perlu dimakan Dan dihabiskan dlm masa 2 mggu, Adakah jangkitan ini normal Dan masih kan relavel LG utk saya hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perawatan chlamydia biasanya terdiri daripada dua jenis yaitu single dose dan regimen 7 hari. Kedua-dua jenis perawatan memerlukan anda untuk menahan diri daripada melakukan hubungan seksual selama sekurangnya 7 hari sampai gejala anda hilang untuk mengelakkan anda dan pasangan saling menjangkiti.
Selain daripada itu, oleh kerana penyakit ini berjangkit, sebaiknya anda memastikan pasangan seks anda (semua pasangan sampai selama sekurang-kurangnya 60 hari sebelum terkena Chlamydia ) untuk melakukan pemeriksaan Chlamydia juga. Hal ini adalah untuk mengelakkan anda terkena lagi seandainya anda berhubungan dengan pasangan tersebut.
Untuk pengetahuan anda juga, _Chlamydia _ dan HIV adalah dua jenis penyakit jangkitan seksual yang berbeza.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.