Sulit
3 tahun
Jantung selalu berdebar dan suka cemas
Saya brumur 29.kenapa doc sya slalu brasa cemas dan jantung selalu berdebar laju…selalu stiap mlm sblum tdo…dan slalu brasa pening…blh doc trangkan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu jantung yang selalu berdebar-debar dan rasa cemas. Untuk makluman anda, masalah sedemikian secara amnya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- pedih ulu hati terkait GERD dan gastritis
- angina
- serangan jantung
- aortic dissection
- perikarditis
- masalah psikiatri (anxiety, perubahan mood-stress)
- sakit otot dan tulang
- sakit paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!