
Sulit
4 tahun
Kaki rasa pendek lepas buka simen
Halo doktor nak tanya nih
Saya before ni ade kemalangan motosikal. Kai kiri saya bersimen. Dah sebulan lebih, doktor dah bukak.
Tapi lepas bukak saya rase cara saya berjalan macam kaki kiri tu rase pendek sedangkan nampak biasa saja.
Mengapa ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perkara ini terjadi kerana akibat tidak berjalan secara aktif menggunakan kaki yang bersimen, otak sesorang berasakan seperti anda berjalan menggunakan satu kaki sahaja. Apabila simen dibuka dan kaki yang sakit mula berjalan, otak akan mengambil masa sedikit untuk adaptasi kepada kondisi baharu dan merasakan seolah-olah kaki berasa pendek walaupun secara lahiriah ukuran kaki adalah sama. Sekiranya ukuran kaki tidak sama, maka anda boleh membuat pemeriksaan semula dihospital yang merawat anda. Sekian