
Anonymous
5 tahun
Kebaikan dan kesan pengambilan madu bagi bayi 1tahun 8bulan
Salam sejahtera.
Saya ingin meminta nasihat dari pihak doctor berkenaan pengambilan madu asli bagi bayi berumur 1tahun 8 bulan.
Adakah ianya bagus atau akan memberikan kesan sampingan kepada bayi itu.
Sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Madu merupakan sejenis bahan semula jadi yang mempunyai pelbagai jenis kebaikan.
Sukatan madu yang diberikan kepada bayi lebih dari satu tahun haruslah dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Antara kebaikan madu bagi bayi setahun ke atas adalah:
Pertumbuhan rambut yang sihat.
Melembutkan kulit.
Berfungsi sebagai antioksidan.
Mengandungi mineral yang penting untuk tumbesaran badan.
Membantu melegakan batuk.
Menghilangkan lendiran di kerongkong.
Mencairkan kahak yang pekat.
Kuatkan sistem imun bayi.
Namun harus diingatkan madu juga ada kesan sampingan nya seperti mendapat bakteria “clostridium”. Jadi sebagai langkah kesalamatan, beri madu kepada anak anda dengan kuantiti yang sedikit dan selamat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.