Sulit
2 tahun
Masalah hati berdebar2
Saya noraini saya baru2 ni rasa hati berdebar2 dn sakit perut,kalau nk membuang air besar selalu hati jd berdebar2 kenapa ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Simptom berdebar, mual serta pedih ulu hati yang anda hadapi berkemungkinan merupakan simptom yang berkaitan akibat satu masalah kesihatan atau disebabkan oleh masalah yang berlainan. Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan simptom - simptom tersebut.
Antara penyebab masalah berdebar adalah:
- perasaan cemas
- masalah jantung
- masalah hormon tiroid
Ianya juga boleh disebabkan oleh organ pencernaan anda. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.