Sulit
4 tahun
Masalah perut buncit yang berlainan
Saya remaja , berat badan saya 48 kg sebelumnya 42 .tinggi saya 152 . Perut saya membuncit di bahagian atas pusat dan bawah pusat .kerana dulu saya seeing memakai seluar Yang ketat, di perut . Adakah ia berbahaya doktor ? Saya tidak merasakan kesakitan .ibu saya kata jenis perut itu mengikut jenis perut ibu saya . Apakah ini faktor keturunan atau sebaliknya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejalayang dihadapi. Namun begitu, sukar untuk kami menjelaskan dengan lanjut kerana bergantung kepada pemeriksaan dan juga bentuk, perut buncit boleh diakibatkan daripada masalah kesihatan atau bentuk normal sahaja. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
GERD
Usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
Alahan pada sesetengah makanan
Ketumbuhan pada organ dalam perut/ reproduktif wanita.
sindrom cushing
Jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, tiada selera makan, kurang berat badan, anda perlu segera ke hospital.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.