Sulit
2 tahun
Masalah zakar selalu keluar cecair jernih
Hello doktor,Saya bujang dan tidak pernah membuat sebarang hubungan seks. Zakar saya selalu mengeluarkan cecair jernih seakan akan air mazi.Biasanya keluar sedikit iaitu hanya diatas lubang kemaluan. Ia keluar tidak menentu tetapi selalu keluar ketika saya menahan kencing atau berak. Saya juga jadi kerap kencing berbanding biasa. Apakah penyakit itu dan adakah ia berbahaya?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keluarnya cairan putih ataupun nanah dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Maka, bagi mengelakkan situasi memburuk, anda digalakkan untuk mendapatkan konsultasi doktor. Selain untuk mendiagnosis, sesetengah ubatan seperti antibiotik memerlukan preskripsi dan arahan pengubatan oleh doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.