Sulit
3 tahun
Muntah air selepas makan
Selamat sejahtera, saya seorang lelaki berumur 25 tahun. Kebelakangan ini saya mengalami ketidakselesaan perut selepas mkn. selang beberapa mnit habis mkn, saya akn muntah (msuk 2 hri). Yang peliknya saya hanya mengalami muntah air dan tidak memuntahkan apa yg saya mkn. Sebelum ini saya x prnah alami situasi begini dan ia menggusarkan saya. Apa sebenarnya situasi penyakit yg sya hadapi ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, mual dan muntah selepas makan boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit esofagus
- Penyakit tekak seperti radang amandel
- Penyakit gastrik
- Penyakit ulser peptik
- Jangkitan
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.