
farajamel11
3 tahun
Najis Anak Warna Kuning Pucat
Salam doktor, anak saya berumur 1 tahun 3 bulan…alhamdulillah anak sy fully breastfeeding baby, sihat aktif dan ceria… Tapi baru2 ini anak sy selesema selama seminggu… sepanjang tempoh itu dia selalu tergigit semasa menyusu sehingga nipple luka. jadi sy terpaksa stop direct bf dan bg susu full cream kotak untuk dia utk smentara waktu… tp sy perasan najis dia tiba2 bertukar menjadi kuning pucat tetapi bukan cirit birit dan normal sahaja… Adakalanya mnjd oren hanya jika mkn buah betik pada hari tersebut…Adakah ini berpunca dri masalah hempedu? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, warna najis bayi yang abnormal ini boleh berpunca dari pelbagai jenis masalah dan gangguan, antaranya adalah:
- gangguan saluran hempedu
- gangguan saluran pencernaan atau usus
- jangkitan kuman (disertai dengan demam)
- tanda-tanda alahan atau lactose intolerance
- ubat-ubatan
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh hal yang demikian saya menasihatkan agar bayi anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.