Sulit
3 tahun
Penyakit clmaydia lambat dikesan
Sy berusia 33 thn. Sy pernah bersama teman lelaki sy 4 thn yg dahulu, dan skrg sy telah berkahwin. Adakah munkin sy bole trrkena jangkita clamydia? Dan sekiranya tiada simptom selama 4 thn ini, adakah perkara itu adalah mustahil.??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, cara penularan penyakit klamidia adalah dengan hubungan seksual, sama ada melalui faraj, dubur atau pun oral (mulut). Ejakulasi tidak perlu berlaku untuk membuatkan seseorang dijangkiti. Selain itu juga, ia juga boleh berjangkit dari seorang ibu kepada bayinya melalui proses kelahiran. Bayi yang dijangkiti boleh mendapat penyakit mata dan paru-paru.
Oleh itu, mereka yang berisiko mendapat klamidia adalah:
- Aktif dalam hubungan seksual
- Mempunyai lebih daripada seorang pasangan seksual
- Mempunyai pasangan seksual yang telah dijangkiti
- Tidak menggunakan perlindungan seperti kondom
- Lelaki yang melakukan hubungan seksual dengan lelaki
- Mengamalkan seks bebas dengan menukar-nukar pasangan
Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa selama 4 tahun selepas melakukan hubungan bersama teman lelaki anda, anda tidak mengalami sebarang gejala. Oleh itu, risiko anda untuk dijangkiti jangkitan Chlamydia adalah rendah. Namun, ia tidak menjadi mustahil untuk anda terkena jangkitan chlamydia di masa hadapan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.