Sulit
2 tahun
Period tidak teratur macam wanita lain
Saya anak dara berumur 18 tahun… Period saya tidak teratur… Saya selalu period 2 bulan sekali…Apakah punca dan langkah mengatasinya selain berjumpa dengan doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Terdapat banyak sebab haid lambat. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome PCOS- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Kebanyakan masa, haid lewat sekali dua ialah perkara biasa. Walau bagaimanapun, jika haid anda masih tidak datang pada minggu hadapan, saya akan menyarankan anda melakukan ujian kehamilan. Jika gejala ini tidak hilang atau bertambah teruk, saya akan menyarankan agar berjumpa dengan doktor untuk penilaian dan rawatan yang sewajarnya. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!