Sulit
3 tahun
Sakit bahagian abdomeN dan lutut
Saya perempuan berumur 23 tahun. Saya nak tanya, kenapa setiap kali saya period, mesti saya akan rasa sakit bahagian abdomen belah kiri hingga ke paras lutut. Dulu tak , tapi beberapa bulan dah mula rasa simptom macam ni. Adakah ini normal? Dan darah haid saya keluar 1hari sahaja, selebihnya keluar tompokan warna coklat. Period cycle okay 28 hari. TQ DR.
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian abdomen belah kiri semasa datang haid. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- endometriosis (lapisan dalam rahim yang tumbuh di luar rahim)
- fibroid
- adenomyosis
- jangkitan rahim
Penyakit-penyakit seperti endometriosis boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti ketidaksuburan jika tidak dirawat dengan awal. Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!