Sulit
3 tahun
Sakit bahu akibat kesan kemalangan
Salam doktor, sejak kebelakangan ni kesihatan yang saya alami mengganggu emosi dan kehidupan seharian saya…Saya selalu sakit bahu sebelah kiri sehingga kebahagian siku…dan juga pada bahagian kepak bahu belakang…terasa sakit yang amat sangat.terasa ngilu seperti dicucuk,perit kejang semua ada sakit yang tak boleh digambarkan…sakit akan terjadi bila mana jika saya berada dalam keadaan posture yang tidak betul atau tersalah pusing atau mengangkat benda berat dan juga bila waktu sejuk…ia amat mengganggu emosi saya dan kerja harian saya…saya da tak boleh nak buat apa2…kadang ia akan jadi lenguh2 dahulu sebelum ia menyerang…dan kadang terjadi juga jantung saya dicucuk dan sukar brnafas… untuk pengetahuan doktor pada tahun 2021 saya pernah terlibat kemalangan tapi hanya luka ringan…tiada sebarang patah…tpi start pada bbrapa bulan slepas kmalangan itu ,bermula episod dimana saya sakit…saya ingat hanya sakit atau lenguh biasa akibat kamalangan…saya hanya abaikan… tapi tahun demi tahun kesakitan ni makin teruk…skrg da 9thn sy mnanggung sakit ni…saya mohon nasihat doktor apa perlu saya buat,saya takut hendak ke hospital…dan kalau perlu ke hospital apa yang perlu saya nayatakan dan apa pemeriksaan yang boleh saya dapatkan di hospital… sekian
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Gangguan pada saraf
- Keradangan sendi
- Bahu beku
- Keradangan otot sekeliling sendi
- Kecederaan pada tulang
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut seperti gambar x-ray, imbas ultrasound dan lain. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Tulang.