Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian bawah punggung
Sy disahkan menghidap gonorrea… Kesan daripada itu sering mengalami sakit di bawah punggung atau prostat… Adakah kesan drpda penyakit kelamin yg dialami
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Umumnya gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Komplikasi dari jangkitan gonorea,
- Jangkitan kelamin yang lain seperti klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Mahupun gangguan prostat
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.