Sulit
3 tahun
Sakit kedua belah bahu dan belakang belah kanan
hello doktor…selepas cucuk vaksin badan saya sakit pada belikat kanan dan bahu serta lenguh bahagian tenguk bahu belakang ketika bangun tidur…hal ini terjadi selepas cucuk dos kedua…sakit berlarutan( 1 bulan dah cucuk vaksin) selepas cucu dos kedua…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, sakit pada bahu kanan dan lenguh bahagian tenguk bahu belakang boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecederaan pada otot atau sendi bahu
- Radangan sendi bahu
- Bahu beku (frozen shoulder)
- Masalah saluran darah
- Gangguan saraf
- Kedudukan tidur yang kurang baik
Gejala anda tidak semestinya disebab oleh suntikan vaksin, mungkinnya disebab oleh penyakit lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.