Sulit
3 tahun
Tapak Kaki bergetar dan panas
Assalamualaikum saya ingin bertanya setiap malam tapak kaki saya rasa bergetar dan panas… Kdg2 badan saya dan sendi jgak bergetar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah bergetar pada badan serta panas. Kami akan cub untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan gejala tersebut. Contohnya adalah:
- Hipertiroid
- Kurang gula dalam darah (Hypoglycaemia)
- Sakit Parkinson’s
- Masalah keresahan (anxiety)
- Kesan sampingan ubat
Berikut merupakan diagnosis umum mengenai punca simptom yang anda alami. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membanu anda.
Terima kasih.