Sulit
3 tahun
Sakit pada sendi lengan /siku selepas jatuh
saya wanita berumur 31 tahun. hari khamis yg lepas saya jatuh kebelakang dan saya sempat menahan dengan siku. sehingga hari ini saya tiada lebam atau berdarah.tetapi saya berasa sakit dan ngilu di bahagian siku apabila diregang. saya juga tidak boleh mengangkat beban seperti hp jika tangan dlm keadaan mendepa. adakah saya perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan keadaan tangan saya.apakah prosedur untuk mendapatkan rawatan xray.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan ini.
Kami memahami bahawa anda jatuh dan ingin mengetahui jikalau anda perlu berjumpa dengan doktor.
Kami akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda,prosedur x-ray hanya akan dilulukan kepada anda jikalau seseorang doktor mengesyaki keretakan tulang atau kehelan.
Keretakan tulang dan kehelan biasa memberikan simptom bengkak dan kehilangan fungsi anggota badan tersebut.
Anda disarankan untuk melawat doktor yang terdekat atau bercakapa dengan doktor melalui atas talian untuk nasihat lanjut dan rawatan yang berpatutun.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.