
Sulit
3 tahun
Bahu kiri sakit smpai bhgian leher
Bahu kiri smpai leher sakit

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian bahu kiri hingga ke leher. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Masalah kekejangan otot - akibat postur tidur atau duduk tidak kondusif
- Masalah Polymyalgia Rheumatica - masalah sendi yang sering kena pada leher dan bahu
- Masalah saraf atau cakera tulang belakang leher
- Masalah sakit jantung - seperti arteri koronari tersumbat juga boleh memberi sensasi sakit bahu dan leher
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.