aleesaaysha
5 tahun
Sakit sendi di bawah tapak kaki
Saya aleesya berumur 36 tahun. Saya mengalami masalah sakit di bawah ibu jari kaki kanan dengan tiba-tiba semasa memandu.smpi dirumah saya terpaksa mendencit sebab bawah ibu jari terasa sakit dn tak dapat berjalan dengan baik. Saya nak tahu adakah saya terkena gout. Saya check dibawah kaki tiada nanah. Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada bawah ibu jari kaki anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gout - benjolan kemerahan dan sakit
- Radang saraf ibu jari kaki - akibat kecederaan atau kasut ketat
- Masalah ligamen atau tendon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.