Sulit
2 tahun
Saluran dalam kepala zakar jadi gatal dan gatal kulit kepala zakar sekali
Doktor,saluran dalam kepala zakar saya rasa gatal didalam bila ianya jd stim atau mahu cekang tegang…
Puncanya diluar kulit gatal kuat sangat2 smpai saya garu kluar nanah…berhari-hari 24 jam gatal tak henti2 kuat sangat2 gatalnya…sehingga bila stim atau kluar mani,dalam kepala zakar saluran kncing itu berasa jd kebas2 kegatalan…
Sepertinya ianya sudah merebak kutu air dalam saluran tiub pundi kencing bahagian kepala zakar…saya goncangkan kepala zakar terasa gatal itu ada dan kuat …kepekaan stim kluar mani atau cekang tegangkan zakar sudah hilang rasa kepekaan yang asli …tidak dapat rasa lagi nikmat yg asal…hanya berlaku kebas sejenis kegatalan yg menebal…umpama daging sudah diserap gatal…jd nikmat tegangkan zakar dh jd hilang.
Ubat miconazole sepertinya tak berkesan doktor…jd nama ubat apakah untuk membunuh kutu air dalam zakar ya? Sebab bila gatal kalau garu kulit terus pecah2 sehingga kluar kulit nampak isi merah…dan pedih kena air bila kulit terkupas akibat garu diikuti kluar cecair nanah…dan nanah itu akan menjadi seperti kudis perisai setelah dibiarkan seharian…baru tak pedih…tapi jika tarik semula kudis nanah keras itu…kulit lapisan kupas itu akan mula pedih kembali…
Berhari2 benda yang sama jadi…smpai kulit dh jd nipis doktor…tolong saya doktor…teruk sangat ni.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman anda, masalah gatal-gatal di kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut
- contact dermatitis akibat pemakaian seperti bahan pakaian yang tidak menyerap peluh
- candidiasis iaitu jangkitan sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.