Sulit
3 tahun
Saya ada penyakit jantung berlubang sejak umur 13 tahun
Saya lelaki 31an ada penyakit jantung berlubang sejak umur 13tahun dulu
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, anda mempunyai sejarah penyakit jantung berlubang sejak umur 13 tahun. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis penyakit jantung berlubang seperti
Ventricular septal defect (VSD) : terdapat lubang diantara dinding ventrikel kiri dan kanan yang menyebabkan darah mengelencong dari ventrikal kiri ke saluran paru-paru. Lubang yang kecil biasanya tertutupsecara sendiri. Pembedahan jantung terbuka bergantung kepada saiz dan lokasi lubang tersebut.
Atrial septal defect (ASD) : terdapat lubang di antara atrium kanan dan kiri. ASD sederhana boleh ditutup dengan alat penutupan khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). Bagi lubang yang besar pembedahan perlu dilakukan.
Atrio-ventricular septal defect (AVSD): biasanya dikaitkan dengan sindrom Down. Sekiranya memerlukan pembedahan jantung, ia akan dilakukan seawal usia setahun.
Patent ductus arteriosus (PDA) : terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan arteri pulmonary. PDA yang kecil boleh ditutup menggunakan coil atau alat sumbatan khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). PDA yang besar selalunya memerlukan pembedahan jantung untuk menutupnya. Bayi yang lahir pramatang berisiko mempunyai saluran PDA ketika sakit dan boleh diberikan ubat untuk menutupnya.
Oleh kerana pertanyaan anda tidak berapa jelas, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!