Sulit
3 tahun
Saya menderma darah, dan sekarang tidak sihat
Saya wanita berumur 22 tahun. Saya baru menderma darah pada pukul 3petang tadi.
Dari petang sampai sekarang (8malam) kepala saya sakit, dan rasa nak termuntah.
Saya pitam 3 kali selepas menderma darah.
Adakah ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kekurangan darah atau cecair di dalam badan
- Tekanan darah rendah
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam badan)
Hal ini boleh terjadi disebabkan anda menderma darah dan anda kehilangan sebahagian darah daripada badan. Tetapi disebabkan anda gejala tersebut berlarutan dan anda masih mengalami sakit kepala dan pitam buat beberapa kali, perkara ini memerlukan perhatian doktor. Kami sarankan anda pergi ke klinik atau hospital berhampiran supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.